Showing posts with label Greetings. Show all posts
Showing posts with label Greetings. Show all posts

Sunday, July 3, 2016

Minal Aidin Wal Faidzin

Assalamualaikum & salam sayang buat semua. Moga semuanya sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah swt.

Ramadhan bakal meninggalkan kita & Syawal kian menjelma tak lama lagi. Moga ibadah kita diterimaNya & bertemu kita lagi dengan bulan Ramadhan.

Di kesempatan ini kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada kekhilafan sepanjang bermuamalah di sini. Jazakumullahu khairan kathiran atas sokongan yang berterusan.

Sweet N Pretty akan mula bercuti pada hari Isnin 4 Julai 2016. Kami akan beroperasi semula pada hari Isnin 11 Julai 2016.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

Monday, June 6, 2016

Ahlan Ramadhan Kareem


Salam sayang buat semua. Moga semuanya dalam lindungan kasih sayang Allah swt. Syukur alhamdulillah bertemu kita lagi dengan tetamu agung bulan Ramadhan yang mulia. 

Kami ingin mengucapkan selamat mengerjakan ibadah berpuasa serta mohon ampun dan maaf sekiranya ada kekhilafan sepanjang bermuamalah di sini. Penuhilah amalan yang mulia seolah-olah ianya Ramadhan terakhir buat kita.

Ahlan ya Ramadhan moga amalan kita diterima Allah swt dan kembali kita kepada fitrah. Amin yarobbal alamin.





Tuesday, October 13, 2015

Salam Maal Hijrah

Moga kita menjadi hamba yang lebih baik di sisi Allah.

Wednesday, September 23, 2015

Salam Aidiladha 1436H

Assalamualaikum & warmest greetings from Sweet & Pretty. We would like to take this opportunity to wish Muslims Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir Batin.
Taqabalallahu minna waminkum.





Thursday, July 16, 2015

Minal Aidin wal faidzin

Assalamualaikum & salam sayang buat semua. Moga kita semua di bawah lindungan kasih sayang Allah swt. Ramadhan sudah tiba ke penghujungnya & Syawal kian menjelma. Mohon diterima ibadah kita & bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Di kesempatan kami menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf andai ada kekhilafan  sepanjang bermuamalah di sini.
Terima kasih di atas sokongan yang berterusan dari sahabat semua.

Sweet N Pretty akan mula bercuti dari hari Khamis 16 Julai 2015 dan mula beroperasi kembali pada hari Isnin 28 Julai 2015.

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin.




Wednesday, June 17, 2015

Ahlan Ramadhan Kareem


Salam sayang buat semua. Moga semuanya dalam lindungan kasih sayang Allah swt. Syukur alhamdulillah esok kita akan bertemu dengan tetamu agung bulan Ramadhan yang mulia. Pasti kita sudah menyediakan persiapan yg terbaik untuk menyambutnya.

Kami ingin mengucapkan selamat mengerjakan ibadah berpuasa serta mohon ampun dan maaf sekiranya ada kekhilafan sepanjang bermuamalah di sini. Penuhilah dengan amalan yang mulia seolah-olah ianya Ramadhan terakhir buat kita.

Ahlan ya Ramadhan moga amalan kita diterima Allah swt dan kembali kita kepada fitrah. Amin yarobbal alamin.








Thursday, October 23, 2014

Salam Maal Hijrah 1436


photo credit to google

Barangsiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasulnya kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai tempat yang dituju) maka sungguh telah tetap pahalanya di disi Allah. Dan Allah maha pengampun lagi maha penyayang. (An nisa:100)

Sunday, October 5, 2014

Salam Aidiladha 1435 Hijrah

Assalamualaikum & warmest greetings from Sweet N Pretty. We would like to take this opportunity to wish all muslimin & muslimah all over the world Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir Batin.

Taqabalallahu minna waminkum....


Saturday, July 26, 2014

Minal Aidin wal Faidzin


Assalamualaikum & selamat sejahtera buat semua sahabat Sweet N Pretty. Moga kita semua di bawah lindungan kasih sayang Allah swt. Ramadhan sudah tiba ke penghujungnya & Syawal kian menjelma. Mohon diterima ibadah yang sedikit ini & bertemu lagi dengan bulan Ramadhan.

Alhamdulillah proses penghantaran selesai sudah. Jutaan terima kasih buat semua yang terus menyokong Sweet N Pretty. Di kesempatan ini kami menyusun sepuluh jari mohon ampun maaf atas segala kekhilafan sepanjang bermuamalah di sini.

Sweet N Pretty mula bercuti dari hari Sabtu 26 Julai 2014 & beroperasi kembali pada hari Isnin 4 Ogos 2014.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Berhati-hati memandu untuk pulang ke kampung. InsyaAllah bertemu lagi di posting akan datang.




Sunday, November 3, 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Abu Hurairah r.a. berkata Setiap kali datangnya tahun baru membuat aku risau & resah kerana semakin singkat umurku, semakin dekatnya ajalku, semakin tipis pengampunan Allah terhadapku, semakin dekatnya hari perhitunganku.
Bahawa sesungguhunya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yg hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

SALAM MAAL HIJRAH..MOGA KITA SEMUA MENJADI HAMBANYA YG LEBIH BERTAKWA:)


Monday, October 14, 2013

Salam Aidiladha 1434H

Assalamualaikum & warmest greetings from Sweet N Pretty.

Sweet N Pretty would like to take this opportunity to wish all the muslimin & muslimat all over the world Selamat Hari Raya Aidiladha

Taqabalallahu minna waminkum....





Tuesday, July 9, 2013

Meyambut tetamu agung



Salam sayang dari Sweet N Pretty buat semua. Syukur alhamdulillah esok kita semua akan bertemu tetamu agung bulan Ramadhan yang mulia. Pasti kita sudah menyediakan persiapan yang terbaik untuk menyambutnya.

Kami ingin mengucapkan Selamat mengerjakan ibadah berpuasa serta mohon ampun & maaf sekiranya berlaku kekhilafan sepanjang bermuamalah di sini. Moga kita semua dapat penuhi bulan ini dengan amalan-amalan yang mulia bertarawih, tadarus, iktiqaf dan qiamulail kerana Ramadhan kali ini mungkin yang terakhir buat kita. Marhaban Ya Ramadhan Al Mubarak moga amalan kita diterima Allah swt dan kembali kita kepada fitrah. Amin Yarobbal alamin....

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434



Bahawa sesungguhunya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yg hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.



SALAM MAAL HIJRAH..MOGA KITA SEMUA MENJADI HAMBANYA YG LEBIH BERTAKW:)

Wednesday, October 24, 2012

Salam Aidiladha




Sweet N Pretty would like to take this opportunity to wish all the muslimin & muslimat all over the world Selamat Hari Raya Aidiladha.

Sweet N Pretty will be closed from

Thursday, 24 October 2012 until

Monday, 28 October 2012

Kindly place your order as usual & we will attend to it once we returned.

Taqabalallahu minna waminkum...

Till we meet again in the next entry=D
Thank you.

Thursday, August 16, 2012

Minal Aidil Wal Faidzin

photo credit to google

Assalamualaikum & salam sayang buat semua sahabat-sahabat Sweet N Pretty. Doa kami agar semuanya berada di bawah payung lindungan Allah swt. Tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Sebak rasa hati sebab banyak yang tak sempat dikerjakan, moga ibadah yang sedikit ini diterima Allah Azza Wa Jalla. Mohon dipertemukan lagi dengan Ramadhan, penghulu segala bulan.

Alhamdulillah semua proses penghantaran kepada para pelanggan telah selesai & lancar. Mohon dapat gunakan stiker kereta yang dihadiahkan untuk promosi blog Sweet N Pretty. Jutaan terima kasih pada semua yang terus setia menyokong kami. Tanpa anda semua tiadalah kami di sini. Di kesempatan ini kami menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan sepanjang bermuamalah di sini. Kami akan berhari Raya di Ipoh, Perak & kemudain di Muar, Johor. Jemput singgah beraya pada mereka yang berada di sekitar kawasan.

Sweet N Pretty akan bercuti bermula dari hari Sabtu, 18 Ogos 2012 & akan kembali beroperasi pada hari Isnin, 27 Ogos 2012. Pesanan boleh dibuat seperti biasa & kami akan respon sekembalinya kami nanti.

Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Kepada yang memandu untuk pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya, moga selamat sampai ke destinasi yang ditujui. InsyaAllah kita bertemu lagi di posting yang akan datang:)



Friday, November 25, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Salam sayang buat semua. Terima kasih kerana masih setia bersama Sweet N Pretty. Begitu pantas masa berlalu & tak lama lagi kita akan menyambut Tahun Baru Hijrah 1433. Rasanya masih banyak yang belum dicapai tapi waktu tak dapat diputar kembali:)

Kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut 1 Muharram 1433. Hayatilah erti hijrah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw. Moga kita juga dapat hijrahkan diri kita agar menjadi lebih bertakwa.

Seperti kebiasaan bolehlah kita tambah pahala dengan berpuasa sunat pada 1 Muharram. Di samping itu jangan lupa doa akhir & awal tahun ya. InsyaAllah di tahun baru Hijrah 1433 ini kita semua akan sentiasa diberkati Allah swt.

Friday, November 4, 2011

SALAM AIDILADHA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sweet N Pretty would like to take this opportunity to wish all the muslimin & muslimat all over the world Selamat Hari Raya Aidiladha.

Sweet N Pretty will be closed from

Saturday, 5 November 2011 until
Monday, 7 November 2011


Kindly place your order as usual & we will attend to it once we returned.

Till we meet again in the next entry=D
Thank you.

Thursday, August 25, 2011

Minal Aidil Wal Faidzin


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum buat semua. Ramadhan sudah semakin tiba ke penghujungnya & tak lama lagi Syawal akan menjelma. Harapan agar ibadah kita sepanjang bulan ini diterimaNya & Ramadhan kali ini bukan yang terakhir buat kita.

Alhamdulillah semua proses penghantaran kepada para pelanggan telah selesai. Kami mengambil kesempatan ini, menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala salah & silap sepanjang berurusniga di sini, juga buat para bloggers & followers yang sering bertegur sapa di shout box. Juga jutaan terima kasih atas sokongan padu yang diberikan sehingga Sweet N Pretty masih teguh di sini. Kami akan berHari Raya di Muar, Johor & kemudian di Ipoh, Perak. Pada mereka yg berada di sekitar kawasan tersebut jemput singgah ke rumah ye.

Sweet N Pretty akan bercuti bermula dari 27 Ogos 2011 hingga 4 September 2011.
Pesanan boleh dibuat sperti biasa & kami akan respon sekembalinya dari bercuti.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Kepada yang memandu untuk pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya, biar lambat asal selamat:) Jumpa lagi dalam posting yang akan datang

Sunday, July 31, 2011

Menyambut Tetamu Agung

photo credit to mr google: Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Salam sayang dari Sweet N Pretty buat semua. Syukur alhamdulillah esok kita semua akan bertemu dengan tetamu agung, bulan Ramadhan yang mulia. Bagaimana agaknya persiapan kita semua untuk menyambut tetamu yang sungguh istimewa ini yg hanya bersua setahun sekali?
Kami dari Sweet N Pretty ingin mengucapkan Selamat Mengerjakan Ibadah Berpuasa serta mohon ampun & maaf sekiranya berlaku kekhilafan sepanjang berurusniaga di sini. Moga kita semua dapat penuhi bulan ini dgn amalan-amalan yg sebaik-baiknya, bertarawih, tadarus, iktiqaf & qiamulail kerana tahun ini mungkin Ramadhan terakhir buat kita. Marhaban Ya Ramadhan Al Mubarak, moga amalan kita diterima Allah swt.

Malam ni jom kita bertarawih beramai-ramai:)

Friday, May 6, 2011

Happy Mother's Day

To all the moms out there....


glitter-graphics.com