Friday, October 5, 2018

Balm Bidara As-Syifa'

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di sini kami ingin berkongsi tentang Balm Bidara As-Syifa'. Ianya diperbuat daripada ramuan utama daun bidara. Solusi  mudah dan jimat untuk meredakan pelbagai jenis penyakit. Satu rumah perlu ada satu Balm Bidara As-Syifa'

Testimoni terkini adalah dari customer yang rumahnya diserang kutu kucing. Kutu kucing ini menggigit dan meninggalkan kesan gatal dan bengkak-bengkak di kulit. Alhamdulillah dengan izin Allah setelah disapu dengan Balm Bidara As-Syifa setiap hari rasa gatal dan bengkak telah sembuh.




Antara kelebihan Balm Bidara As-syifa'

­čî╝Mengurangkan rasa mual di tekak
­čî╝Melegakan dengan pantas masalah pening kepala
­čî╝Membantu mengurangkan masalah bayi & dewasa yang kembung perut
­čî╝Mempunyai khasiat vitamin E & A untuk membantu menghilangkan kesan regangan kulit selepas bersalin
­čî╝Alternatif terbaik untuk mengelakkan gigitan nyamuk
­čî╝Khasiat vitamin yang ada di dalam Balm Bidara ini memberi kesan yang baik untuk kelembapan & kelembutan kulit pengguna.
­čî╝Mengurangkan sakit dada & sesak nafas untuk mereka yang diganggu santau atau menghidapi athma
­čî╝Sangat berkesan digunakan oleh kaum wanita yang inginkan kelegaan pantas untuk masalah senggugut ketika datang haid.
­čî╝Iktiar terbaik untuk masalah kulit yang gatal dan tidak sembuh sembuh
­čî╝ Membantu mengelakkan dari gangguan makhluk halus dan sihir.

CARA PEGGUNAANNYA

­čî╣Buka penutup Balm Ajaib Bidara
Niat untuk kesembuhan, sertakan dengan Alfatihah, 3 kul dan ayatul kursi
­čî╣Pengguna hendaklah yakin
­čî╣Ambil sedikit menggunakan jari
­čî╣Sapu terus di tempat yang ingin dirawat dan pakai
­čî╣Sapu rata sehingga meliputi seluruh kawasan yang ingin dirawat
­čî╣Boleh digunakan di atas kepala untuk migrain, belakang leher untuk loya, bahu untuk lenguh lenguh sendi, perut dan kaki.

Harga RM35 (100g)

Friday, August 31, 2018

Rawatan bekam mobile untuk muslimah di Ipoh

BEKAM SUNNAH RASULULLAH SAW

Nabi Saw bersabda

“Barangsiapa menghidupkan sunnahku bererti ia mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam Syurga. ”

PERINTAH BERBEKAM

Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam ini. Nabi Muhammad SAW merupakan insan pertama yang dibekam para Malaikat dengan perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi'raj.

KENAPA PERLU BERBEKAM ?

Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.

Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya. Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan,bisa dan sejenisnya.

KENAPA HARUS BERPUASA SEBELUM BERBEKAM

Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 2-3 jam sebelumnya.

Dalam satu athar disebutkan:

"Pembekaman yang dilakukan ketika haus,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit.Bila dilakukan tarikh 17 juga boleh membantu penyembuhan."




Caj rawatan bergantung kepada jumlah point. Minimum 10 point dengan harga RM50

Untuk pertanyaan dan temujanji sila SMS/WA 0123445500