Saturday, July 26, 2014

Minal Aidin wal Faidzin


Assalamualaikum & selamat sejahtera buat semua sahabat Sweet N Pretty. Moga kita semua di bawah lindungan kasih sayang Allah swt. Ramadhan sudah tiba ke penghujungnya & Syawal kian menjelma. Mohon diterima ibadah yang sedikit ini & bertemu lagi dengan bulan Ramadhan.

Alhamdulillah proses penghantaran selesai sudah. Jutaan terima kasih buat semua yang terus menyokong Sweet N Pretty. Di kesempatan ini kami menyusun sepuluh jari mohon ampun maaf atas segala kekhilafan sepanjang bermuamalah di sini.

Sweet N Pretty mula bercuti dari hari Sabtu 26 Julai 2014 & beroperasi kembali pada hari Isnin 4 Ogos 2014.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Berhati-hati memandu untuk pulang ke kampung. InsyaAllah bertemu lagi di posting akan datang.




1 comment:

  1. Selamat hari raya Aidilfitri Intan...
    Maaf zahir dan batin ye

    ReplyDelete