Thursday, July 25, 2013

Rezeki itu hak Allah

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua:) Moga kita semua terus istiqomah untuk terus beribadat di bulan Ramadhan yg mulia ini.

Saya ingin berkongsi pengalaman manis sepanjang berniaga online. Suatu petang lebih kurang 3 minggu lepas

sedang saya bersantai2, saya terima satu panggilan. Wanita di hujung talian memperkenalkan dirinya sebagai Puan Hasiah dari Istana Terengganu. Saya yang agak terkejut bertanya semula dari mana? Ulangnya lagi dari Istana Terengganu. Saya yg orang biasa-biasa jadi tak keruan terima panggilan dari pihak istana. Katanya Tuanku berkenan untuk melihat jubah lelaki berwarna biru, coklat & krim. Jadi saya diminta untuk membawa jubah tersebut ke Istana Terengganu di Jalan Kia Peng, KL. Temujanji ditetapkan dan setelah selesai perbualan saya masih berada dalam keadaan terkejut dan panjatkan kesyukuran kepada Allah swt. Tak pernah terfikir akan terima order dari Sultan Terengganu sebab biz online saya ni amat low profile.

Keesokkan harinya jam 9 pagi saya dah sampai ke Istana Terengganu. Saya bertemu dengan Puan Hasiah dan bermulalah sesi memilih. Saya keluarkan jubah-jubah yang dikehendaki dan sempat juga saya sertkan stokin vken, reborn cream, sirwal & kurta. Sementara dipersembahkan kepada Tuanku saya dihidangkan dengan jamuan ringan. Lebih kurang setengah jam selesai pemilihan dan Tuanku telah berkenan untuk membeli jubah, stokin vken, reborn cream & juga sirwal. Syukur alhamdulillah itu yg terucap pada masa tu. Saya tak perlu beri sebarang penerangan tapi semuanya terjual dengan mudah sekali.

Jazakallah khoir kepada Tuanku yang sudi membeli produk Sweet N Pretty dan juga buat Puan Hasiah serta staf Istana Terengganu atas layanan yang begitu istimewa. InsyaAllah ada rezeki boleh kita bermuamalah lagi.

Betapa besarnya kasih sayang Allah itulah yang saya rasakan. Allah telah turunkan rezeki yang tak disangka-sangka. Dunia tanpa sempadan, dengan teknologi bisnes boleh dilakukan di alam maya. Syukur alhamdulillah I love Allah & Rasulullah:)

Terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang tak jemu-jemu menyokong Sweet N Pretty. Kerana anda semua Sweet N Pretty teguh berdiri di sini....












2 comments:

  1. MasyaAllah, tabarakallah...beruntungnya Intan dapat menjejakka kaki ke Istana, pelanggan pula ke bawah duli Tuanku, sultah negeri Ummi tu, sultan dan permaisuri yang sangat dihormati dan disayangi rakyat. Alhamdulillah,dengan rezeki Allah SWT yang dikurniakan.

    ReplyDelete
  2. Jazakillahu khoir ummi. Oh ummi dr ganu ya. Betul ummi mmg disayangi, staf semua yg dah kerja bertahun2 setia dan kasihkan kedua sultan dan permaisuri. Rasa sangat disayangi Allah atas kurniaan rezekiNya:)

    ReplyDelete