Thursday, August 25, 2011

Minal Aidil Wal Faidzin


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum buat semua. Ramadhan sudah semakin tiba ke penghujungnya & tak lama lagi Syawal akan menjelma. Harapan agar ibadah kita sepanjang bulan ini diterimaNya & Ramadhan kali ini bukan yang terakhir buat kita.

Alhamdulillah semua proses penghantaran kepada para pelanggan telah selesai. Kami mengambil kesempatan ini, menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala salah & silap sepanjang berurusniga di sini, juga buat para bloggers & followers yang sering bertegur sapa di shout box. Juga jutaan terima kasih atas sokongan padu yang diberikan sehingga Sweet N Pretty masih teguh di sini. Kami akan berHari Raya di Muar, Johor & kemudian di Ipoh, Perak. Pada mereka yg berada di sekitar kawasan tersebut jemput singgah ke rumah ye.

Sweet N Pretty akan bercuti bermula dari 27 Ogos 2011 hingga 4 September 2011.
Pesanan boleh dibuat sperti biasa & kami akan respon sekembalinya dari bercuti.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Kepada yang memandu untuk pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya, biar lambat asal selamat:) Jumpa lagi dalam posting yang akan datang

No comments:

Post a Comment