Sunday, July 31, 2011

Menyambut Tetamu Agung

photo credit to mr google: Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Salam sayang dari Sweet N Pretty buat semua. Syukur alhamdulillah esok kita semua akan bertemu dengan tetamu agung, bulan Ramadhan yang mulia. Bagaimana agaknya persiapan kita semua untuk menyambut tetamu yang sungguh istimewa ini yg hanya bersua setahun sekali?
Kami dari Sweet N Pretty ingin mengucapkan Selamat Mengerjakan Ibadah Berpuasa serta mohon ampun & maaf sekiranya berlaku kekhilafan sepanjang berurusniaga di sini. Moga kita semua dapat penuhi bulan ini dgn amalan-amalan yg sebaik-baiknya, bertarawih, tadarus, iktiqaf & qiamulail kerana tahun ini mungkin Ramadhan terakhir buat kita. Marhaban Ya Ramadhan Al Mubarak, moga amalan kita diterima Allah swt.

Malam ni jom kita bertarawih beramai-ramai:)

4 comments: