Saturday, September 4, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam buat semua pelanggan, pengikut & pengunjung setia Sweet N Pretty. Rasanya terlalu cepat masa berlalu & tak lama lagi semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda semua. Sesungguhnya tanpa anda tiadalah Sweet N Pretty di sini. Walaupun masih mentah dlm biz online ni tp alhamdulillah dr sehari ke sehari kami mendapat kepercayaan drpd para pelanggan. Mungkin sblm ni asyik sibuk promo produk izinkan saya mencoret serba sedikit sejarah Sweet N Pretty.


Saya mmg seorg yg amat gemar shopping online & cuma thn ni terdetik utk buat blog biz online sendiri & terlahirlah Sweet N Pretty dgn pertolongan anak perempuan saya. Terima kasih Intan Nurul Izzati sbb tolong ibu yg tk brp celik IT ni =D. Rupanya mmg seronok berniaga online ni tmbh bila produk byk yg laku :). Yang paling penting & mematangkan saya adalah ragam manusia yg saya temui sepjg berbisnes ni. Kebanyakannya baik2 & ada juga yg krg baiknya hehe. Yg kurang baik saya anggap sbg dugaan dr Allah & mungkin juga sbg penghapusan dosa. Pepatah 'Don't judge a book by its cover' mmg tak dpt disangkal. Ada yg baik penampilannya, nampak warak tapi hati tidak sepertinya. I learnt my lesson well...Ini buat renungan kita bersama ya, jgn sesekali kita rasa kita sudah cukup baik di mata Allah & menghina org yg jahil krn hati manusia ni Allah yg pegang & satu hari nanti mungkin yg jahil itu akan jadi lebih baik dr kita. Yg jahil jgn disisihkan tp bimbinglah mrk krn kita semua adalah khalifah di bumi Allah.


Kdg manusia mmg cpt jd tamak, jd yg kita rasa baik pun blh jd selfish. Prinsip yg saya pegang yakinlah sesungguhnya rezeki kita semua tlh ditetapkan oleh Allah jd tk perlu ada rasa cemburu atau PHD yg selalu membuat umat Islam mundur. Yg penting kita berusaha, doa & tawakal, insyaAllah kejayaan kan jd milik kita. Satu lagi yakinlah semakin banyak kita memberi semakin banyak akan kita terima dari Allah. Jadi jgn berkira sgt, biar untung sikit yg penting berkat betoi tk? Sebahagian dari rezeki kita ada hak utk org lain, jd jgn lokek memberi & berzakat. Jgn lupa servis pun kena tip top, mcmn kita nk dilayan camtu la kita lyn pelanggan.
Panjang pulak dah huhu jgn boring ye..skali menulis berjela =D


Saya dgn rasa rendah hati menyusun 10 jari memohon ampun & maaf di atas segala kekhilafan sepjg berurusniaga & berblogging di sini. Sweet N Pretty akan cuti berehat seketika bermula dari 8 Sep - 19 Sep 2010. Jadi pesanan boleh dibuat sehingga hari Ahad 5 Sep 2010 & akan dihantar pada hari Isnin, 6 Sep 2010. InsyaAllah kami sekeluarga akan berada di Ipoh dr 8 Sep - 11 Sep & kemudian di Muar dari 12 Sep - 15 Sep. Sekiranya sahabat2 berada di sana sudi2lah singgah ke teratak kami. Dapat kita jumpa secara live :)


Akhir sekali Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Yg pulang ke kg halaman berhati2 di jalanraya. InsyaAllah kita jumpa lagi dlm posting yg akan datang. Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda semua.


Enter Fleedy.com
Fleedy.com Hantar Kad Ini Dapatkan Komen Bergambar Disini

2 comments:

  1. salam aidilfitri dan maaf zahir batin juga.
    ooo balik Ipoh ke? saya di Tronoh :)

    ReplyDelete
  2. Oh suzi org payrock gak ye. Klu jln2 ke ipoh jemput ke rumah ye, koling2 nanti.

    ReplyDelete