Thursday, January 12, 2012

Syukur alhamdulillah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Begitu pantas masa berlalu, kita kini sudah berada dalam hari ke-12 utk tahun 2012. Moga tahun ini akan jadi yang lebih baik dari tahun-tahun terdahulu. Sesungguhnya setiap harti adalah tahun baru sebab setiap hari kita disaran utk menjadi hambaNya yg lebih baik & bertakwa:) Agak lama Sweet N Pretty menyepi & ini posting pertama untuk 2012.

Alhamdulillah tanggal 11 Januari 2012 saya telah menjadi surirumah sepenuh masa. Hadiah paling istimewa utk si bongsu saya iman yg meraikan ulangtahun yg ke-2 pada tarikh yang sama. Saya masih dalam proses transisi utk adaptasi diri, setelah 17 tahun jadi wanita berkerjaya kini tumpuan diberi kepada keluarga. Moga hijrah ini diberkati Allah swt & dipermudahkan segalanya utk saya selepas ini.

Kini Sweet N Pretty dikendalikan sepenuh masa tetapi buat sementara ini saya mohon waktu utk selesaikan urusan anak2. InsyaAllah saya akan update produk terbaru dalam masa terdekat. Doakan yang terbaik untuk saya kerana menjadi surirumah sepenuh masa tanpa pembantu rumah dengan 5 org permata hati, adalah tugas yg mencabar.

Terima kasih atas sokongan yg tidak berbelah bagi & teruskan bersama Sweet N Pretty:)