Monday, August 5, 2013

Minal Aidin wal Faidzin


Assalamualaikum & salam sayang buat semua sahabat Sweet N Pretty. Doa kami agar semuanya berada di bawah payung lindungan Allah swt. Tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Sebak rasa hati sebab banyak yang tak sempat dikerjakan, moga ibadah yang sedikit ini diterima Allah Azza Wa Jalla. Mohon dipertemukan lagi dengan Ramadhan, penghulu segala bulan.

Alhamdulillah semua proses penghantaran kepada para pelanggan telah selesai & lancar.  Jutaan terima kasih pada semua yang terus setia menyokong kami. Di kesempatan ini kami menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan sepanjang bermuamalah di sini.

Sweet N Pretty akan bercuti bermula dari hari Isnin, 5 Ogos 2013 & akan kembali beroperasi pada hari Isnin, 12 Ogos 2013. Pesanan boleh dibuat seperti biasa & kami akan respon sekembalinya kami nanti.

Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Kepada yang memandu untuk pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya, moga selamat sampai ke destinasi yang ditujui. InsyaAllah kita bertemu lagi di posting yang akan datang:)